Apa itu Visualiser/Document Kamera?
 

Secara abstrak, "Visualiser" juga dikenali "Document Kamera" dan "Visual presenter" ialah alat pengajaran digital yang membenarkan pengajar/pelajar memaparkan dan berkongsi informasi dengan lebih meluas serta membawa kehidupan kepada suasana di dalam kelas.

 

Visualiser/Document Kamera ialah alat ICT (Information & Communication Technologies) yang kos-efektif, jimat masa, dan mudah di gunakan. Anda hanya perlu menyambung visualiser/document kamera pada projektor atau monitor atau papan interaktif dan menghidupkannya. Apa yang tinggal ialah meletakkan object yang perlu dipaparkan dibawah kamera.

Visualiser/Document Camera merupakan alat pengajaran yang fleksibel yang membenarkan pengajar memaparkan apa sahaja daripada sehelai kertas kepada sebuah piano, dalam pelbagai warna, atau seseorang di dalam bilik. Anda boleh mengarah, menerangkan, membesar dan mengecilkan, atau memperoleh pandangan yang berbeza dengan mumutarkan lengan/kamera visualiser/document kamera. Visualiser yang flexibel ini membantu pangajar dan pelajar menunjukkan kreativity mereka semasa menggunakannya.

Mengapa visualiser/document camera ialah alat ICT kegemaran untuk menghasilkan pengajaran produktif seharian? Ini kerana, ia mudah untuk digunakan. Pengajar tidak perlu membazirkan masa untuk belajar cara cara untuk menggunakan alat ICT ini sebaliknya mereka boleh menggunakan masa ini untuk merancang kuliah dan meluangkan lebih masa dengan pelajar.

 
Mari kita melihat 5 fakta-fakta berikut untuk memahami Visualiser/Document kamera dengan lebih lanjut.

Menggunakan Visualiser/Document Kamera untuk…
Memapar dan membesarkan objek kepada skrin besar…
Memaparkan objek nyata kepada skrin besar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik dan spontan.
Membesarkan objek boleh meningkatkan pemahaman konsep, meningkatkat rasa ingin tahu dan memperkukuhkan poin yang hendak di sampaikan oleh pengajar kepada pelajar. Juga pelajar dapat melihat objek tersebut daripada semua sudut di dalam kelas dan mengurangkan rebutan di hadapan semasa demonstrasi serta mengatasi masalah pengurusan kelas.
 
Menunjukkan kemahiran praktikal dengan jelas
Membenarkan pengajar mendemonstrasikan kemahiran praktikal kepada semua, dan boleh meluangkan lebih masa kepada sesiapa yang memerlukan lebih perhatian.
Visualiser/Document kamera membantu memastikan peningkatan pemahaman arahan yang kompleks. Kerja kraftangan dan praktical pelajar dapat ditingkatkan melalui aktivity demonstrasi melalui visualiser/document kamera!
 
Membawa makna yang berlainan kepada pengajaran...
Gunakan keajaiban Visualiser/Document Kamera untuk menukarkan binatang kecil kepada raksasa besar! Pelajar terlibat secara langsung melalui sifat sebenar Visualiser/Document Kamera.
Pengajar boleh membesarkan object dengan fungsi zoom untuk memaparkan objek bergerak (LIVE) dan ciri-cirinya kepada pelajar dengan Visualiser berbanding dengan cara lama. Memaparkan objek yang sebenar lebih menyeronokkan semasa pembelajaran berbanding dengan menggunakan filem.
 
Membuat kelas interaktif
Memberi peluang kepada pelajar tampil ke hadapan dan membuat pelajar lebih aktif di dalam kelas! Menawar dan meningkatkan cara interaksi antara pangajar dan pelajar serta seluruh kelas.
Pelajar boleh berkongsi ide di papan tulis, dan menunjukkan pemahaman dan apa yang dipelajari kepada seluruh kelas. Visualiser/Document Kamera benar benar meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas dan meningkatkan kreativiti.
 
Jimat masa dan wang…
Fikirkan berapa masa yang pengajar habiskan untuk mencari dan muat turun gambar yang hendak digunakan, atau fotokopi tulisan kepada skala yang lebih besar. Baik bahan pengajaran di sekitar, tetapi adakah mereka lebih bail daripada gambar. Bagaimana kalau kita meletakkan mereka di bawah Visualiser/Document Kamera?
Visualiser/Document Kamera ialah alat yang boleh menjimatkan wang dan masa dengan memendekkan jangka masa persediaan, seperti fotokopi dan percetakkan dan membolehkan anda untuk menggunakan bahan yang lebih berkualiti.
 
Visualiser/Document Kamera mempunyai keistimewaan berbanding alat ICT lain iaitu hampir apa sahaja pun bahan yang di dapati boleh di letakkan di bawah kameranya.Kebolehan Visualiser/Document Kamera bukan terhad kepada bahan seperti gambar dan cetakan malah boleh digunakan untuk menunjukkan binatang hidup atau secara langsung. Visualiser/Document Kamera boleh di gunakan serentak dengan alat ICT lain dan memberi nyawa kepada alat ICT yang lain.
 
Bersedia untuk pengalaman yang istimewa dengan ICT dalam pendidikan melalui penggunaan Visualiser/Document Kamera!
Untuk membaca bagaimana visualiser/document camera telah mengubah kelas di seluruh dunia dan bagaimana anda boleh mencipta cara pengajaran yang berkesan, tolong klik di bawah!
 
 
contact us 網頁設計:藝誠科技